Isnin, 22 September 2008

Proses pembuatan dodol

Untuk makluman, proses pembuatan Dodol adalah antara yang paling rumit dan merupakan proses yang panjang dan memenatkan...

Mula2...proses penyediaan bahan utama iaitu santan kelapa. Proses dimulakan dengan membelah kelapa yg diperlukan, kemudian kelapa yg siap dibelah perlu dimesin sebelum ianya boleh diperah utk menghasilkan santan.


Setelah santan diperah, ia perlu dibancuh dengan tepung pulut utk mendapatkan sebatian asas dodol...

Kemudian sebatian ini akan mula dimasak diatas kawah dengan api yg sederhana.

Tepung sedang dimasak

Maka bermulalah proses yang amat memenatkan terutamanya jika pembuatan dibuat di dalam bulan Ramadhan (Tempahan Raya).
Setelah sebatian tepung dan santan tadi masak sepenuhnya, gula melaka pula akan dimasukkan.


Setelah dimasukkan gula
Sebatian yg asalnya berwarna putih akan bertukar mengikut warga gula yg digunakan.

Dan akhirnya ia akan bertukar menjadi lebih gelap setelah dodol itu masak sepenuhnya.


Dodol yg hampir masak, warna gelap
Akhir sekali...dodol ini siap utk diangkat dan disejukkan sebelum proses seterusnya iaitu pembungkusan.




Ahad, 21 September 2008

Salam perkenalan

Assalamualaikum...

Bermulanya di sini..